Senin, 23 Desember 2013

Hentian Juru ditutup sementara Isnin






KUALA LUMPUR - Hentian sebelah Juru (arah selatan) di Kilometer 141.8 Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup sementara dari 9 pagi hingga 5 petang pada Isnin ini untuk kerja penyelenggaraan.

Menurut kenyataan Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (Plus), ketika kerja penyelenggaraan, semua gerai dan kemudahan awam di hentian itu akan ditutup kecuali stesen minyak.


Hentian itu akan beroperasi seperti biasa selepas masa penutupan.

Sementara itu, satu laluan kontra akan dibuka di Kilometer 280.6 (arah utara) antara Persimpangan Seremban dan Nilai di Lebuhraya Plus selama dua hari bermula Selasa (November 19).

Laluan kontra itu, yang dibuka antara 11 malam dan 4 pagi, ialah bagi memudahkan kerja pelancaran bim di Jambatan Nilai-Mantin.

Plus menasihati pemandu agar mematuhi papan tanda sepanjang jalan terbabit. - Bernama

0 komentar:

Posting Komentar