Rabu, 18 Desember 2013

Anzalna Buka Perniagaan Baju Online


Anzalna

Pelakon cantik, Anzalna Nasir semakin rancak menambah profil kerjayanya apabila kini sudah bergelar ahli perniagaaan.
Anzalna membuka sebuah perniagaan atas talian yang menjual pakaian wanita yang kebanyakannya terdiri daripada dress serta gaun malam.
Pelakon yang popular dengan drama Adam dan Hawa itu kini sedang giat mempromosikan perniagaan yang digelar Hermanas5 itu di laman instagram www.instagram.com/hermanas5.
“Saya jenis yang rajin bekerja. Jadi bila tak ada ‘shooting’ saya akan rasa bosan duduk dekat rumah dan dari situ saya mula berjinak-jinak dalam perniagaan online ini bersama adik beradik yang lain.
“Perniagaan ini dikenali sebagai ‘Her Maness,’ iaitu sebuah perniagaan online yang menjual pakaian wanita. Kesemua harga pakaian yang dijual adalah sangat berpatutan, paling mahal pun cuma RM150 sahaja.
“Saya pilih perniagaan ini sebab bila saya pergi ke majlis-majlis keramaian ramai yang bertanya dan minat dengan baju yang saya pakai. Jadi sebab itulah timbulnya idea untuk jalankan perniagaan ini, lagipun ramai rakan-rakan artis yang sokong,” katanya yang dipetik melalui Ohbulan.
Semoga sukses perniagaan yang diceburi oleh Anzalna dan harapnya dia boleh mengembangkan jualan itu dengan membuka sebuah butik di masa hadapan.
sumber

0 komentar:

Posting Komentar