Walau semaju mana pun masyarakat di sesebuah negara, mereka tidak boleh menjarakkan diri dengan mitos. Terdapat pelbagai jenis mitos dalam masyarakat, daripada mitos kisah wira legenda, mitos penyakit misteri, mitos menguruskan badan sehinggalah mitos hubungan intim.
Dalam masyarakat Asia, mitos hubungan intim sememangnya sangat tebal walaupun jarang diperkatakan. Lantaran sikap malu dan sopan-santun yang kuat, ia menjadi topik yang masih tabu untuk dibincangkan.
Namun, berdasarkan kenyataan pakar-pakar seksual Barat, sewajarnya mitos seksual disentuh untuk memastikan masyarakat mempunyai pendidikan seks yang lebih baik dan tidak dibelenggu dengan mitos skeptikal.
Berikut adalah 10 mitos seksual yang sering membelenggu kebanyakan masyarakat Asia. Adakah ia adalah salah satu daripada kepercayaan anda?
Mitos 1: Wanita mengalami pendarahan sewaktu kali pertama hubungan seks
Wanita biasanya mengalami pendarahan sewaktu kali pertama melakukan hubungan intim kerana selaput daranya pecah. Bagaimanapun, pada zaman ini, dengan kebanyakan wanita hidup cergas dan aktif melakukan pelbagai aktiviti rekreasi seperti menunggang kuda dan bersukan, selaput dara itu mungkin pernah pecah sebelum ini. Jadi kenyataan itu, hari ini adalah satu mitos.
Mitos 2: Lelaki sentiasa bersiap-sedia
Jangan silap dengan menyatakan kaum lelaki akan sentiasa ghairah dan bersiap sedia melakukan seks pada setiap masa. Wanita harus faham bahawa lelaki juga turut dipengaruhi dengan keadaan sekeliling, tarikan pasangan dan mood.
Mitos 3: Wanita tidak hamil jika haid
Ramai yang mempunyai pemahaman yang salah tentang hal ini. Walaupun peratusan berlakunya kehamilan pada saat haid adalah kecil tetapi ia tetap menolak kenyataan itu sekali gus menjadikannya sebagai mitos. Oleh kerana sperma dapat hidup selama lima hari dalam tubuh wanita, ia memungkinkan kehamilan berlaku ketika itu.
Mitos 4: Ejakulasi di luar vagina mengelak kehamilan
Oleh kerana tidak memakai kondom anda mengambil keputusan melepaskan air mani anda di luar kerana menyangka pasangan anda tidak akan hamil. Jangan silap, risiko kehamilan dengan cara ini masih agak tinggi.
Mitos 5: Wanita lebih suka zakar besar
Kenyataan ini tidak benar kerana banyak pakar mendedahkan ramai wanita mengakui saiz bukanlah segalanya. Banyak wanita menekankan asmara, rangsangan sentuhan, kata-kata, ciuman dan sebagainya adakalanya lebih penting daripada saiz zakar.
MASYARAKAT seharusnya diberi pendidikan sewajarnya supaya mereka tidak terus dibelenggu kepercayaan salah.
Mitos 6: Hanya wanita mengalami orgasme berkali-kali
Walaupun sekitar 30 peratus wanita mengalami orgasme berkali-kali, tetapi hanya 10 peratus melaluinya secara teratur. Sebaliknya beberapa pakar mendedahkan lelaki juga dapat mengalami orgasme berkali-kali tanpa kehilangan ereksi. Ia dikatakan lebih banyak terjadi kepada lelaki muda.
Mitos 7: Zakar besar bila beronani
Tidak ada sebarang bukti menunjukkan zakar dapat menjadi lebih besar bila memuaskan nafsu dengan cara itu.
Mitos 8: Onani boleh mandul
Tidak kaitan langsung antara onani dengan kemandulan. Secara logiknya, onani dan melakukan hubungan intim secara normal hanya berbeza daripada tekniknya. Onani menggunakan tangan, seks normal memasukkan zakar ke dalam vagina – hasil akhirnya adalah ejakulasi.
Mitos 9: Seks berkait dengan etnik
Ada yang berpendapat etnik tertentu lebih hebat beraksi di ranjang dan begitu juga sebaliknya. Pakar seksual berpendapat etnik tiada kaitan dengan kehebatan seseorang dalam melakukan hubungan seks. Sebaliknya, ia lebih menjurus kepada ilmu pengetahuan tentang hubungan intim yang dipelajari seseorang.
Mitos 10: Tidak nikmat tanpa orgasme
Dalam satu kajian mendedahkan hanya sesetengah wanita mengalami orgasme dalam hubungan seksual mereka. Tetapi wanita ini mengakui tanpa orgasme, mereka masih boleh menikmati seks dan mencapai klimaks.
sumber
0 komentar:
Posting Komentar