oleh Prof. Dr. Muhaya Mohamad
Sesetengah pesakit yang mengalami kekaburan penglihatan mungkin menjadi buta jika tidak menjalani pemeriksaan dan rawatan sewajarnya. Katarak, sejenis masalah mata yang semakin banyak ditemui dan sangat biasa berlaku di kalangan warga emas.
Katarak ialah keadaan di mana kanta mata yang semula jadi adalah jernih semakin hilang kejernihannya sehingga menghalang cahaya masuk ke dalam mata. Lazimnya masalah ini berlaku disebabkan proses penuaan tetapi terdapat juga golongan muda yang mengalaminya.
Dapatkan produk kesihatan TERBAIK di Kedai SihatSelalu <-- Klik!
Punca
Pesakit kebiasaannya akan mula mengalami kekaburan penglihatan dan silau apabila melihat ke arah cahaya yang terang. Kekaburan penglihatan ini berlaku secara perlahan-lahan dan pesakit berasa seolah-olah ada asap atau kabus di depan mata mereka. Lama kelamaan, penglihatan mereka menjadi semakin kabur, dan jika tidak dirawat mereka boleh menjadi buta.
Pembentukan katarak berkait rapat dengan proses penuaan, namun ada juga bayi yang baru lahir mengalami masalah ini. Ia dikenali sebagai katarak kongenital. Selain itu, katarak juga boleh berlaku akibat trauma ke atas mata, terutamanya apabila mata seseorang itu menerima hentakan atau tumbukan yang kuat.
Rawatan
Katarak boleh dirawat. Rawatannya mudah kerana pada peringkat awal. Cermin mata boleh membantu mengembalikan penglihatan.
Namun, apabila katarak mula mengganggu penglihatan, pembedahan perlu dilakukan. Kanta yang hilang kejernihan itu perlu dikeluarkan dan diganti dengan kanta tiruan yang dibuat daripada plastik.
Pembedahan bagi merawat katarak dibuat dengan melakukan bius setempat sahaja dengan secara ubat titis sahaja. Pesakit akan kekal sedar ketika pembedahan dilakukan. Bagaimanapun, kaedah ini biasanya dilakukan pada pesakit tua sahaja.
Bagi pesakit kanak-kanak dan muda, bius am (bius penuh) akan diberikan dan pesakit tidak akan sedar sepanjang pembedahan dijalankan. Pesakit yang dibedah tidak akan berasa apa-apa dan biasanya pembedahan hanya mengambil masa antara 20 hingga 40 minit.
Masa sesuai untuk melakukan pembedahan katarak bergantung kepada keadaan pesakit. Bukan semua katarak, terutamanya pada peringkat awal, perlu dibedah. Pembedahan hanya perlu dilakukan jika katarak mengganggu penglihatan dan menjejaskan aktiviti harian seseorang.
Kita juga tidak perlu menunggu katarak menjadi matang sebelum dibedah. Fahaman ini adalah konsep rawatan yang diamalkan 50 tahun dahulu ketika teknik pembedahan dilakukan tanpa bantuan mikroskop dan mesin canggih.
Kini, kanta yang tiada masalah katarak juga boleh dibedah untuk merawat masalah mata lain seperti rabun jauh yang teruk. Jadi, pembedahan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.
Pemulihan
Pesakit kebiasaannya boleh mula bekerja selepas sebulan pembedahan, terutama bagi pembedahan yang memerlukan jahitan.
Ini adalah kaedah untuk katarak yang matang. Namun, kini terdapat kaedah rawatan yang tidak memerlukan jahitan dipanggil fako-emulsifikasi.
Melalui kaedah ini, katarak dihancurkan dan disedut keluar menggunakan alat khas yang halus.
Oleh itu, luka pada mata adalah jauh lebih kecil tanpa jahitan dan lebih cepat sembuh. Pesakit biasanya boleh mula bekerja selepas 2 minggu menjalani pembedahan. Bagaimanapun, perlu diingat bahawa kadang kala masalah katarak masih boleh berulang.
Bagi sesetengah pesakit, lapisan kulit katarak akan menebal dan menyebabkan kekaburan hanya dapat dirawat menggunakan rawatan laser YAG.
Rawatan laser yang sedia ada kini sungguh mudah, selamat, cepat dan tidak memerlukan pembedahan.
Lagi info tentang KATARAK di sini.

0 komentar:
Posting Komentar