Rio – Penyanyi popular Justin Bieber dilihat cuba menyelinap keluar dari ‘rumah pelacuran’ Centaurus di Brazil Jumaat lalu berselimutkan kain putih dengan bantuan pengawalnya yang membungkusnya.
Laporan mendakwa remaja berusia 19 tahun itu kemudian masuk ke tempat duduk belakang sebuah kereta yang menunggu bersama dua wanita dari kelab berkenaan.
Menurut sumber dalaman, Bieber menyangka dirinya tetamu di sebuah kelab peribadi.
Satu laman web melaporkan Centaurus disenaraikan sebagai rumah pelacuran ‘keempat terhebat’ di dunia sambil menambah ‘$210 boleh membeli 40 minit bersama mana-mana gadis pilihan anda’.
Walaupun penyanyi kontroversi itu disorok dalam selimut, sebahagian daripada tatu pada pergelangan tangannya dapat dilihat dengan jelas.
Bieber yang kini berada di Brazil untuk beberapa persembahan juga dilaporkan dihalau dari hotel mewah Copacabana Palace di Rio Selatan.
Bagaimanapun, sumber mendakwa dia meninggalkan hotel itu secara sukarela selepas untuk mengelak masalah keselamatan akibat peminatnya yang menyerbu bangunan terbabit.
Foto
BIEBER dibantu pengawalnya keluar dari rumah pelacur berkenaan.
Ini bukan kali pertama Bieber terbabit kontroversi. Dua minggu lalu dia dilihat menayangkan sejumlah wang yang banyak di sebuah kelab eksotik di Texas. – Agensi
0 komentar:
Posting Komentar