Pasangan pelakon dan atlet terkenal tanah air, Ayu Raudhah dan Zaquan Adha telah memilih nama Muhammad Aisy Qaiser kepada cahaya mata sulung mereka yang dilahirkan pada 29 Mac lalu.Muhammad Aisy Qaiser telah selamat dilahirkan secara normal di Hospital Columbia Asia, Johor Bahru dengan seberat 2.97 kilogram (kg).Zaquan yang merupakan pemain bola sepak bagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) ini turut berkongsi gambar majlis cukur jambul dan akikah anaknya itu yang diadakan dalam sebuah majlis serba ringkas baru-baru ini.Antara yang hadir pada majlis itu ialah abang kembar Zaquan, Aidil Zafuan dan penyerang kebangsaan, Safee Sali.Semoga Muhammad Aisy Qaiser membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara pada suatu hari nanti. InsyaAllah. SUMBERFoto: Ohartis
0 komentar:
Posting Komentar