myMetro 7 Jul 2013
Ansar al-Shariah Ancam guna keganasan
Riyadh: Sebuah kumpulan baru mengumumkan penubuhan mereka di Mesir dan menganggap tindakan tentera menyingkirkan Mohamed Mursi sebagai perisytiharan perang terhadap Islam.
Menamakan kumpulan itu Ansar al-Shariah, mereka mengancam menggunakan keganasan bagi mencapai matlamat melaksanakan undang-undang Islam. “Kami akan mengumpul senjata dan melatih anggota pertubuhan ini,” katanya di Internet, semalam.
Ia disiarkan dalam laman sesawang forum untuk militan di wilayah Sinai dan dirakam pertubuhan pemantau pengganas, SITE. Rampasan kuasa tentera pada 3 Julai lalu meningkatkan kebimbangan terhadap ancaman kumpulan aliran Islam akan memilih jalan ganas dengan mengangkat senjata. Penyingkiran Mohamed Mursi sendiri mencetuskan keganasan apabila sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh, kelmarin.
Mohamed Mursi presiden pertama Mesir dilantik melalui proses demokrasi tahun lalu ekoran kejatuhan pemimpin diktator Hosni Mubarak.
Selepas mengetepikan Mohamed Mursi, tentera memilih bekas Ketua Hakim Mesir Adly Mansour sebagai presiden sementara. Tentera turut menutup pelbagai stesen televisyen Islam di negara itu.
Ansar al-Shariah berkata, rampasan kuasa, penutupan saluran televisyen dan ke matian penunjuk perasaan semuanya mendorong “satu perisytiharan ke atas Islam di Mesir.” Ia menyalahkan golongan sekular, penyokong Hosni, penganut Kristian Koptik dan komander tentera sebagai dalang kekacauan di Mesir ketika ini.
“Berbanding memperjuangkan demokrasi, kami akan mengumpul senjata dan melatih umat Islam menghalang serangan musuh serta mengembalikan undang-undang syariah,” katanya. - Reuters
0 komentar:
Posting Komentar