Tampilkan postingan dengan label islam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label islam. Tampilkan semua postingan

Senin, 17 Maret 2014

Tarik balik penggantungan Azrul gesa rakyat Malaysia kepada Bank Islam


February 15, 2013
KUALA LUMPUR, 15 Feb — Ahli badan bukan kerajaan (NGO) dan individu professional di negara ini menggesa Bank Islam Malaysia Berhad supaya menarik balik penggantungan tugas yang dikenakan terhadap ketua penganalisis ekonomi institusi kewangan tersebut ekoran kenyataannya dalam satu forum di Singapura bulan lalu.

Mereka juga turut menegaskan, tindakan Bank Islam itu seumpama “menyekat kebebasan bersuara”, dan menghalang penyelidikan dan kajian dilakukan oleh Azrul Azwar Ahmad Tajudin.
Pensyarah Sosiologi Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Noraini Othman berkata, tindakan yang dikenakan ke atas Azrul adalah seperti menyekat kebebasan akademik kerana ketika itu beliau membentangkan tinjauan kajiannya dari sudut ekonomi.

“Tiada kebebasan akademik ... walaupun beliau bukan ahli akademik, tugasnya seperti ahli akademik ... tinjauan kajiannya,” tegas Noraini yang juga merupakan ahli NGO Sisters In Islam
Akhbar The Straits Times Singapura melaporkan, ketika pembentangan kajiannya itu, Azrul menjangka senario yang akan berlaku apabila Barisan Nasional (BN) hanya mampu memenangi 97 hingga 107 dari 222 kerusi parlimen, yang tidak cukup untuk sebuah kerajaan.

Tetapi keputusan tersebut juga bermakna Pakatan Rakyat (PR) hanya merupakan sebuah kerajaan goyah, jauh dari majoriti yang sering diterima oleh musuh politik mereka.
“Daripada apa yang dapat saya lihat, daripada pembacaan saya berdasarkan pembentangannya yang diedarkan kepada kami, ia kertas akademik,” tambah Noraini.

Sementara itu, pemimpin Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Zairil Khir Johari berkata, ketika pembentangan itu dibuat, beliau turut berada dalam forum berkenaan, dan menegaskan kajian Azrul itu hanyalah berasaskan sikap profesional dan perkiraan ekonomi.
“Saya memang hadir di persidangan di Singapura semasa Azrul bentangkan kertasnya. Saya rasa pendapat yang diluahkan adalah profesional dan berdasarkan perkiraan ekonometrik. Ia bukan pendapat peribadi yang tidak berasas. Maka macam mana Azrul boleh dikenakan tindakan kerana memberi analisa professional?” soalnya melalui khidmat pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider.

“Saya tidak setuju dengan tindakan Bank Islam dan harap Azrul dapat diberi peluang yang adil untuk menjelaskan isu tersebut, katanya, dan menambah, “wujudnya kemungkinan berlakunya sekatan tertentu dalam kebebasan bersuara.”
“Bagaimana negara kita nak maju kalau analisa profesional pun disekat dan tidak dibenarkan?” tegasnya lagi.
Sementara itu, aktivis Suaram Fadiah Nadwa Fikri menegaskan tindakan yang dilaksanakan Bank Islam terhadap Azrul jelas mempunyai motif politik.

“Jelas dalam kes ini ia bermotifkan politik ... selepas beliau membuat pembentangan kajiannya dalam forun di Singapura, (yang) ia dibuat berasaskan bukti, tinjauan kajian berdasarkan fakta dan analisis. Beliau tidak seharusnya dihukum.
“Seseorang itu tidak seharusnya dihukum kerana menjalankan tugas profesionalnya ... sebab itu kita perlukan kebebasan politik di negara ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah, “dengan menghukumnya itu menunjukkan mereka menghukum individu yang mempunyai kaitan dengan sesetengah kumpulan atau parti dan menidakkan tugas professional mereka.”
Ketiga-tiga mereka ini adalah antara rakyat Malaysia melalui 59 NGO dan 135 individu dari kalangan profesional, ahli politik, dan ahli akademik yang bersama-sama dengan Azrul menuntut penggantungannya ditarik balik.

Akhbar The Sun semalam telah mencetak iklan dengan nama-nama NGO serta ahli professional di muka surat 11 mereka bagi menyatakan sokongan secara terbuka terhadap Azrul.
Azrul yang dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan penggantungan tugasnya masih berjalan, namun beliau enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai sokongan yang diberikan kumpulan berkenaan.
Dalam pembentangannya, Azrul turut menjangkakan senario kemenangan tipis untuk BN dan kemenangan lebih besar pada PR dengan mengambil kira faktor seperti kaum dan demografik.

Beliau juga menjangkakan kemenangan tipis bagi PR, apabila pasaran saham akan jatuh kerana “kejutan” dan ketidakstabilan.
Azrul juga mengatakan akan berlakunya “sabotaj ekonomi” oleh peniaga dan pekerja awam yang bersama BN. The Malaysian Insider

Kamis, 20 Februari 2014

4 Ribu Rakyat Perancis Masuk Islam Setiap Tahun


4 Ribu Rakyat Perancis Masuk Islam Setiap Tahun
4 Ribu Rakyat Perancis Masuk Islam Setiap Tahun - Badan Statistik rasmi di Perancis mendedahkan bahawa dalam satu tahun, ia mencatatkan ada empat ribu warga Perancis yang masuk Islam. Hal ini sesuai dengan apa yang ditunjukkan oleh kajian kementerian dalam Negeri Perancis.
Diumukan pula oleh para ahli Agama di Perancis, sejauh ini terdapat tujuh puluh ribu warga Perancis yang berpindah Agama menjadi Agama Islam. Hal ini membuat Agama Islam menjadi pertama yang dijadikan pilihan sebagai pegangan hidupnya, diikuti oleh Kristian Katolik dengan penganut setiap tahun berjumlah 2900 orang dan Yahudi 300 orang.
Menurut para ahli sosiologi Perancis, sebelum usia 15 – 20 tahun merupakan alasan utama yang membuat mereka yakin untuk masuk Islam, dengan alasan pencarian rohani mereka. Tapi sekarang berbeza, alasan utama mereka memeluk Islam adalah iklim sosial, sebagaimana disampaikan oleh Al-Alokah.
Meskipun sejak dahulu Muslim sudah ada di Perancis, baik Perancis daratan mahupun wilayah kependudukannya di luar Eropah, imigresen massa Muslim ke Perancis di abad 20 dan 21telah membuat negara ini menjadi salah satu negara dengan komuniti muslim terbesar di Eropah. – Detik Islam

Jumat, 14 Februari 2014

Pertubunhan Ansar al Shariah menyatakan tentera menyingkirkan Mohamed Mursi sebagai perisytiharan perang terhadap Islam

 myMetro 7 Jul 2013

Ansar al-Shariah Ancam guna keganasan

Riyadh: Sebuah kumpulan baru mengumumkan penubuhan mereka di Mesir dan menganggap tindakan tentera menyingkirkan Mohamed Mursi sebagai perisytiharan perang terhadap Islam.
Menamakan kumpulan itu Ansar al-Shariah, mereka mengancam menggunakan keganasan bagi mencapai matlamat melaksanakan undang-undang Islam. “Kami akan mengumpul senjata dan melatih anggota pertubuhan ini,” katanya di Internet, semalam.

Ia disiarkan dalam laman sesawang forum untuk militan di wilayah Sinai dan dirakam pertubuhan pemantau pengganas, SITE. Rampasan kuasa tentera pada 3 Julai lalu meningkatkan kebimbangan terhadap ancaman kumpulan aliran Islam akan memilih jalan ganas dengan mengangkat senjata. Penyingkiran Mohamed Mursi sendiri mencetuskan keganasan apabila sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh, kelmarin.
Mohamed Mursi presiden pertama Mesir dilantik melalui proses demokrasi tahun lalu ekoran kejatuhan pemimpin diktator Hosni Mubarak.

Selepas mengetepikan Mohamed Mursi, tentera memilih bekas Ketua Hakim Mesir Adly Mansour sebagai presiden sementara. Tentera turut menutup pelbagai stesen televisyen Islam di negara itu.

Ansar al-Shariah berkata, rampasan kuasa, penutupan saluran televisyen dan ke matian penunjuk perasaan semuanya mendorong “satu perisytiharan ke atas Islam di Mesir.” Ia menyalahkan golongan sekular, penyokong Hosni, penganut Kristian Koptik dan komander tentera sebagai dalang kekacauan di Mesir ketika ini.
“Berbanding memperjuangkan demokrasi, kami akan mengumpul senjata dan melatih umat Islam menghalang serangan musuh serta mengembalikan undang-undang syariah,” katanya. - Reuters

Rabu, 25 Desember 2013

Dari Punk Metal Berhijrah Peluk Islam


Dari Punk Metal Berhijrah Peluk Islam
Beliau adalah seorang yang terpelajar, graduan Universiti, tetapi banyak perasaan marah terhadap kerajaan England, marah terhadap orang sekeliling dan disebabkan perasaan marah tu, beliau menjadi pemuzik ‘Punk Rock’ dan beliau sendiri mengaku beliau semasa zaman jahilnya, adalah seperti Iblis, begitu hina beliau rasa semasa beliau jahil kerana cara kehidupan beliau. Rakaman ini, sebenarnya membuatkan kita rasa sangat malu dengan diri sendiri. Malu dengan brother Abdul Malik (walaupun tak pernah berjumpa).
Kenapa kita patut malu? Sebab kita dilahirkan Islam, dilahirkan di dalam keluarga Islam; agama yang SEBENAR-BENAR AGAMA. Akan tetapi apabila nak belajar tentang bab ilmu agama, kita ambil sambil lewa. Bukan tidak dihantar belajar agama, akan tetapi, tidak ada rasa ‘nikmat’ dan ‘manis’ dalam agama sendiri. Masa kecik, kita solat sebab takut dipukul, mengaji sebab mak/ayah paksa kita mengaji. Seolah-olah tidak diberi penerangan KENAPA kita mesti mengaji, KENAPA manisnya beribadah, KENAPA kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam. Bila diberi penerangan tentang dosa dan pahala, tidak dapat digambarkan ngerinya neraka dan indahnya syurga.
Brother Abdul Malik kata di dalam rakaman di atas, “There’s only ‘revert’ in Islam, there’s no room for convert”.
Kenapa beliau cakap macam tu? Revert bermaksud berbalik. Convert bermaksud mengubah. Jadi pada beliau, oleh kerana Islam adalah agama yang sebenar, semua yang bukan beragama Islam sepatutnya BERBALIK kepada Islam.
Kalau yang diluar agama dia berkata supaya BERBALIK, apa lagi kita yang memang sudah Islam? Bila masa kita nak ‘berbalik’ ke Al-Quran dan Sunnah?
10 malam terakhir Ramadhan kali ini, jangan sia-siakan. Kejarlah Lailatul Qadar seolah-olah ini adalah Ramadhan terakhir mu wahai sahabat. – Informasi Dot My