Tampilkan postingan dengan label pendaftaran. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pendaftaran. Tampilkan semua postingan

Minggu, 02 Maret 2014

Bekas ahli Umno mengaku bantu pendaftaran setengah juta IC di Sabah

(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 28 FEB: Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata, beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.
Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.
Wanita 2 
“Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) itu ditemani Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin; Pengarah Guaman, Latheefa Koya dan Ketua Biro Kebudayaan dan Kesenian Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN, Dayangku Intan.
Siti Aminah berkata, pendaftaran projek IC itu bermula di pejabat Umno Sabah di Simbulan, dalam bangunan dimiliki Datu Mustafa Harun, pemimpin Usno Sabah.

Dedahnya, projek itu dibuat ‘dengan kerjasama’ Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang turut mengarahkan penerima IC terbabit mengundi BN dalam pilihan raya umum.

Siti Aminah berkata, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan Umno, lima peranan beliau dalam ‘projek IC Mahathir’ adalah untuk membantu kempen Umno di Sabah, menambahkan undi Melayu, mencari pemastautin Sabah yang tidak memiliki IC dan memastikan Parti Bersatu Sabah (PBS) tumbang.
Wanita 1 
“Masa mengurus untuk orang ambil IC, kita pergi ke tempat yang sudah sedia dengan satu ‘ketua’. Bila kita sampai di satu-satu kawasan, senarai nama telah siap, meliputi nama asal atau bukan asal,” katanya.

“Bila kita tengok ada nama bertentangan dengan nama orang Islam, kita ubah jadi nama Islam. Lepas itu kita ambil gambar dan cap jari dan hantar ke pejabat Umno,” jelas Siti Aminah lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?

Kamis, 30 Januari 2014

PR akan kemuka semula pendaftaran kepada ROS

Datuk Saifuddin Nasution Ismail
  • Datuk Saifuddin Nasution Ismail
PETALING JAYA - PR akan mengemukakan semula permohonan perdaftaran gabungan itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS).

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata, PR akan membuat permohonan tersebut selepas ROS mengumumkan bahawa tidak dapat memproses permohonan PR sebagai sebuah parti politik kerana parti itu tidak pernah menghantar laporan tahunan memaklumkan mengenai penukaran pucuk pimpinan sejak 2009.

"Semalam ROS memberi komen mengenai perihal ini.

"ROS sedang menunggu permohonan PR, jadi saya akan mengarahkan pegawai saya untuk membuat permohonan semula," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Belia mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (ROS), Datuk Abdul Rahman Osman kononnya PR tidak berusaha berbuat demikian.

“Mengapa Pengarah ROS boleh berkata begitu sedangkan permohonan lama belum ada keputusan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin mengharapkan ROS menepati KPI setelah pendaftaran baru ini dikemukakan oleh perikatan itu.

“Mengikut KPI ROS, jabatan itu mesti memberi keputusan status pendaftaran sesuatu pertubuhan dalam tempoh 30 hari bermula dari tarikh mereka mengemukakan dokumen pendaftaran.

“Apa yang berlaku dalam masa 30 hari permohonan kami? Apakah PR ada menerima sebarang surat dari ROS mengenainya? PR harap ROS menepati KPInya kali ini,” sindirnya.

Sementara itu, Saifuddin turut mengecam tindakan ROS yang berat sebelah ekoran pendedahan tiga dari 49 pertubuhan kongsi gelap yang diumum Kementerian Dalam Negeri (KDN) 30 Ogos lalu, berdaftar dengan jabatan itu.

“Pertubuhan yang dianggap KDN sebagai merbahaya pun ROS boleh luluskan, apa lagi Pakatan yang tiada kongsi gelap, memang patut sangat permohonan kami diluluskan,” bidasnya.