Tampilkan postingan dengan label tak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label tak. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 Maret 2014

Boleh percaya ka Dr M kata MCA tentang hudud agar Cina tak sokong DAP

  • Ahmad Fadli KC
  • Malayasiakini
 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendirian bahawa kenyataan keras MCA terhadap hudud anjuran PAS hanyalah bertujuan untuk menakut-nakutkan pengundi Cina agar tidak menyokong DAP.

NONEBeliau percaya kenyataan berkenaan tidak bertujuan untuk menjauhkan pengundi Cina daripada BN memandangkan MCA tidak membantah perisytiharan negara Islam yang dilakukan BN sebelum ini.
"Dia (MCA) bertujuan untuk menakutkan orang Cina, bukan orang Melayu atau Islam.

"Tujuan MCA nak takutkan orang Cina supaya tak sokong DAP.
"Tapi dulu pun MCA tak pernah bantah bila kita isytihar negara ini negara Islam dan kita akan amal nilai-nilai dan ajaran Islam," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama pada satu program dialog di Universiti Malaya petang ini.
MCA chua soi lek PCSabtu lalu, presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memperakui kenyataan timbalan pengerusi Wanita MCA, Heng Seai Kie yang mendakwa hukum hudud menggalakkan orang Islam merogol wanita bukan Islam kerana mendedahkan aurat.
Heng dilaporkan menyatakan demikian berdasarkan satu video ceramah Nik Aziz yang dipercayai dirakam sekitar tahun 2008.

Nik Aziz bagaimanapun dilaporkan tidak langsung menyebut tentang wanita bukan Islam dalam video itu dan Heng menyesuaikan sendiri konteks ceramah Nik Aziz untuk meliputi wanita bukan Islam.

Seterusnya, tanpa merujuk secara langsung kepada MCA atau PAS, Mahathir menganggap pihak yang mempolitikkan hudud tidak menghormati ajaran Islam.

"Perkara hudud ini bukan soal agama, ini soal politik.

"Saya juga tak setuju hudud dijadikan isu politik semata-mata nak tunjuk mereka ini berpegang kuat kepada agama Islam dan mereka yang tolak tak pegang agama Islam.

"Sebenarnya mereka yang menggunakan isu hudud ini orang yang tak
hormati ajaran Islam," katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia adalah negara Islam
berdasarkan pengiktirafan yang diberikan dunia Islam kepada Malaysia.

"Ia tak dinyatakan sama ada negara ini sekular atau Islamik dalam Perlembagaan tetapi menurut definisi kita adalah negara Muslim kerana semua dunia Islam lain mengiktiraf kita sebagai negara Islam,"
katanya.

Kamis, 26 Desember 2013

Ceh…Patut Marah…Psy Tak Layan DAP Rupanya


gangnam-style-feature

KUALA LUMPUR – Pembangkang negara terutama DAP dikatakan pernah cuba melobi untuk membawa penyanyi sensasi K-pop lagu Oppa Gangnam Style, Psy ke program mereka di negara ini tetapi ditolak penynyi Korea itu.
Penolakan itu dikatakan menjadi punca mengapa pembangkang terutama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ala-ala ‘meroyan mainland’ apabila Psy mengesahkan akan hadir ke Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan perkara berkenaan pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini hari ini.
“Dia kata ubah DAP style, dia tiru Gangnam Style, walhal dia nak jemput Psy untuk satu majlis atas nama pakatan rakyat tetapi apabila Psy hadir majlis kita, rosak program dia lah, itu cerita sebenarnya, dia tak dapat, dia kutuk,” kata Najib.
Beliau berkata majlis itu diadakan semata-mata untuk meraikan perayaan yang sangat bermakna kepada kaum Cina di negara ini.
“Mengapa majlis yang bertujuan baik hendak dicemar dengan unsur-unsur politik yang tidak ada kena-mengena dengan majlis berkenaan, kalau dia (pembangkang) hendak buat majlis, buatlah, kita tidak halang, kenapa nak turunkan poster 1Malaysia dan gambar saya, itu perayaan Tahun Baharu Cina,” katanya.
Najib dalam pada itu menafikan bahawa kenyataan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersikap perkauman apabila menyifatkan seruan Lim Guan Eng supaya orang ramai memakai baju berwarna merah, hijau dan kuning pada sambutan Tahun Baharu Cina anjuran BN Pulau Pinang pada 11 Feb ini sebagai kerja bodoh.
Lim dalam kenyataannya hari ini berkata, beliau kesal dengan kenyataan Muhyiddin yang beliau “bodoh” dan disifatkan sebagai “perkauman” apabila menggesa orang ramai memakai baju dalam tiga warna itu pada majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina BN di Pulau Pinang.
Majlis sambutan yang dijangka menarik 60,000 orang dengan kehadiran Psy.
sumber

Rabu, 18 Desember 2013

Lelaki tidak sedar terdampar di pulau tak berpenghuni kerana mabuk

 07 November 2013 
 Pulau Drum (Foto: Metro) 
 Pulau Drum (Foto: Metro)
CHARLESTON – Seorang lelaki dari Kota Charleston, Amerika Syarikat  , Stephen Coffee, tiba-tiba bangun di sebuah pulau tak berpenghuni. Coffee tidak ingat bagaimana dia boleh berada di pulau tersebut kerana terlalu mabuk   malam sebelumnya.
 
Seperti dilansir Metro, Khamis (7/11/2013), tempat Coffee terdampar dikenali dengan nama Pulau Drum. Pulau itu memang terletak tidak jauh dari Charleston. Pulau Drum tidak berpenghuni kerana ukurannya yang kecil.
 
Anggota keselamatan melakukan kerja menyelamat setelah ada laporan dari penduduk yang melihat Coffee pengsan di tengah pulau. Setelah sempat mencuba beberapa cara, petugas akhirnya berhasil menarik Coffee ke daratan menggunakan tali.
 
Coffee mengaku malu kerana anggota penyelamat mengerahkan kekuatan penuh untuk menyelamatkannya. Padahal dia terdampar kerana perbuatan konyolnya sendiri.
 
Lelaki berusia 35 tahun tersebut terus dibawa ke rumah sakit untuk menjalani pemeriksaan. Untungnya, dia tidak mengalami apa-apa kecederaan.okezone