Tampilkan postingan dengan label dituduh. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dituduh. Tampilkan semua postingan

Jumat, 14 Maret 2014

Bahana dituduh pondan

pix_topright
myMetro 2 Feb 2013
Seorang wanita warga asing nyaris putus telinga kiri akibat dilibas menggunakan botol kaca minuman keras dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di pekan Donggongon, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa Josephine Lama Larua Levatora, 42, berasal dari Papua New Guinea terpaksa menerima 30 jahitan di belakang telinga kiri hingga ke leher. 

Lebih malang, anak perempuan mangsa berusia 22 tahun yang cuba meleraikan pergaduhan turut menerima tiga jahitan di dagu selepas ditikam menggunakan benda tajam dipercayai serpihan botol kaca oleh suspek.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa bersama anaknya serta seorang rakan mengunjungi pusat hiburan berkenaan untuk minum sambil berkaraoke kira-kira jam 7.30 malam.


“Lebih kurang jam 11 malam, mangsa menuju ke kaunter untuk memesan air suam, namun seorang pelanggan tidak dikenali terus menegur dan mengatakan mangsa seorang pondan.

“Mangsa yang berang menegur tindakan suspek sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka,” katanya di sini, kelmarin.

Sumber itu berkata, anak mangsa yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan dan membawa ibunya ke meja mereka.

“Selepas itu, mangsa bersama anak serta rakannya menyambung semula aktiviti mereka, tetapi tidak lama kemudian suspek datang ke meja mangsa lalu terus memukul kepala wanita itu dengan botol kaca.

Minggu, 09 Februari 2014

Gadis Ini Dibunuh Keluarganya Sendiri kerana Dituduh Menyihir

21 Jan 2013

RAJASTHAN - Seorang wanita berusia 55 tahun di Daerah Banswara, Rajasthan, India, dipukul  sampai mati oleh mertuanya, kerana dipercayai telah menyihir anggota keluarganya, dan sejumlah warga desa lain.

Menurut seorang anggota polis  setempat, insiden terjadi pada Jumaat pminggu lalu, di Desa Moti Timbi.
"Mangsa yang bernama Veeta Devi sedang tidur di rumahnya, ketika kakak ipar dan anggota keluarga lainnya menerobos masuk ke dalam rumahnya, lalu menyeretnya keluar," ujar pegawai polis  yang enggan disebutkan namanya, seperti dikutip Tribunnews.com dari Asiaone.com, Isnin (21/1/2013).

Setelah berada di luar rumah, lanjutnya, mereka memukul  Veeta, menggunakan tongkat besi hingga mati.
"Dia meninggal di tempat kejadian. Ketika suaminya datang untuk menyelamatkannya, mereka malah menahannya. Tapi, akhirnya dia boleh melarikan diri," tutur polis itu.

Sang suami kemudian melaporkan apa yang terjadi pada isterinya kepada polis .
"Tertuduh ketika ini berada dalam pelarian. Kami sudah mengejar dan melakukan razia di berbagai tempat untuk mecari mereka," jelas polis .

Kes main hakim sendiri terhadap wanita yang disangka penyihir, marak di wilayah Rajasthan, terutama di daerah pedesaan.
Jika terbukti bersalah, para pelaku pembunuhan Veeta terancam hukuman penjara maksimal 10 tahun, dengan denda minimum 50 ribu Rupee. (*)




TRIBUNNEWS.COM