Jumat, 31 Januari 2014

Bicara 30 Pengganas Lahad Datu Ditangguh


KOTA KINABALU – Perbicaraan 27 warga Filipina termasuk seorang wanita dan tiga rakyat tempatan yang didakwa melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan menjadi anggota kumpulan pengganas ditangguhkan pada 1 November depan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Steven Chung menangguhkan perbicaraan kes pencerobohan pengganas Lahad Datu itu selepas membenarkan permohonan peguam semua tertuduh warga Filipina, N Sivanandan.

Sivanandan membuat permohonan itu bagi membolehkan pihaknya meneliti semua dokumen yang dikemukakan ke mahkamah sebelum ini selain mendapat arahan lanjut daripada anak guam. – BHarian

0 komentar:

Posting Komentar